Kambing Jumna Pari atau Jamnapari mengambil nama sempena sungai Jamna (Jamna par) di Uttar Pradesh , India dimana ianya banyak terdapat. Kambing Jamnapari juga banyak terdapat di Agra, Mathura dan daerah Etawa di Uttar Pradesh , Bhind dan daerah Morena di Madhya Pradesh.
Jamnapari tulin (Fullblood) sudah menuju kepupusan dimana bancian 1972 mendapati Jamnapari Tulin terdapat kurang 5000 ekor di India dan kebanyakannya terdapat di kawasan Chakar Nagar (antara lurah Jamna dan Chambal).
Dikenali juga dengan nama kambing telinga panjang.
PE atau Peranakan Ettawah merupakan istilah baka kambing yang merujuk kepada Jamnapari Kacukan yang digunakan di Indonesia dan menjadi antara baka pilihan ramai pengusaha/penternak di Malaysia . Ettawah merujuk kepada Etawa yang merupakan daerah Etawa di Uttar Pradesh di mana salah satu tempat Jamnapari banyak terdapat dan Peranakan bererti Kacukan. PE pada dasarnya adalah kambing kacukan antara Jamnapari/Ettawah dan kambing Kacang.
Ianya dibawa masuk ke Malaysia dengan maksud dikacukkan dengan kambing tempatan untuk membaiki populasi, genetik ternakan tempatan. Baka ini digunakan untuk keluaran daging dan juga susu (dwiguna).
Ciri-Ciri : Jamnapari bersaiz besar . Pandangan dari sisi menunjukkan muka yang cembung (Roman nosed) dengan sekelompok bulu diatasnya dan mempunyai telinga yang panjang (26.79cm), berlipat dan melampai ke bawah.
Kedua-dua jantina mempunyai tanduk (8.69cm). Ekor pendek dan kurus. Bulu yang tebal dan panjang di bahagian paha dan pinggul , dikenali sebagai ‘feathers’ merupakan ciri yang utama.
Terdapat kepelbagaian warna bulu. Walaubagaimanapun warna putih dengan sedikit (patches) warna gelap di kepala dan leher merupakan warna yang biasa kelihatan
Badan adalah lebih besar dan tinggi dari kambing kacang dan terdapat tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang, bulunya agak lebat di bahagian punggung dan leher. Bulunya agak kusut dan berwarna campuran hitam dan kekuningan. Badan adalah lebih besar dan tinggi dari kambing Kacang.
Berat : Berat Jantan dewasa boleh mencapai 68kg hingga 91kg manakala berat betina dewasa dari 36kg hingga 63kg.
Susu : Di Indonesia PE dikacukkan dengan Saanen untuk menghasilkan baka kacukan tenusu yang berupaya mengeluarkan 1.5 ke 3 liter susu sehari. Jamnapari juga dipanggil kambing dwi-guna kerana pengeluaran susunya yang baik selain daging. Labu susunya berkembang baik seperti baka-baka susu dengan puting susu yang besar.
Kambing jenis ini telah pun digunakan secara meluas di Malaysia bagi memperbaiki mutu kambing tempatan.
PE juga dikacukkan dengan baka-baka tempatan seperti Kacang dan Kambing Jawa dan di namakan Kaplo (Kaploh), Kaprindo, Bligon, Jawa Rando (Jawa Randu / Jawarandu) dll. yang merupakan baka kacukan yang amat sesuai untuk pembiakan kambing pedaging.
Sifatnya yang tahan lasak dengan mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap penyakit dan serasi dengan iklim tropika membuatkan penjagaannya secara keseluruhan mudah berbanding dengan kambing dari jenis baka yang lain.
Kambing betina pembiak adalah penting dalam menambahkan bilangan ternakan. Kambing betina pembiak Jamnapari mula berkahwin sebaiknya seawal umur 12 bulan dan berupaya melahirkan sehingga 4 ekor anak dalam suatu masa. Kambing Jamnapari merupakan kambing yang baik untuk di biakkan. Selain kesesuaian dengan iklim di Malaysia, kambing Jamnapari juga tahan lasak daripada penyakit.
No comments:
Post a Comment