• Pastikan ibu menjilat anak yang dilahirkan. Ini bertujuan mengeringkan bulu dan menggalakkan peredaran darah dan sistem pernafasan
• Rawat pusat dengan iodin setiap hari hingga kering dan tanggal sendiri
• Timbang dan rekod berat lahir serta lain-lain butir kelahiran
• Jaga kebersihan kandang anak dan ibu dan pastikan sentiasa kering.
• Pastikan anak dapat kolustrum sebaik sahaja boleh berdiri dan tidak lewat daripada 24 jam
• Catatan : kebaikan kolustrum
- Lemak dan tenga yang tinggi baik untuk tenaga dan tumbwesaran
- Mengandungi vitamin A, D, E yang tinggi
- Mengandungi laksatif (laxative) untuk membantu pengeluaran najis pertama
- Mengandungi antibodi (immunoglobulin) untuk imuniti penyakit kepada anak
• Beri nombor pengenalan tattoo dan tag (umur 1 minggu) bertujuan
- Memudahkan rekod-rekod berkaitan
- Mengetahui umur
- Baka
- Memudah membuat pemilihan
• Jika susu ibu tidak didapati, susu gantian perlu diberi. Jumlah susu diberi bergantung kepada saiz ternakan (10% daripada berat badan)
• Pengambilan bahan pejal perlu diajar pada ternakan pada umur 3 minggu. Dedak boleh diberi lebih awal (2 minggu) manakala rumput pada umur 4 minggu. Pemberian di beri secara creep feeding. Rumen mula berfungsi da penghasilan bahan mikrobial bermula pada umur 3 - 6 minggu.
• Beri suntikan pencegahan Clostridium dan Pasteurellosis (vaksin Heptavac) pada umur 6 minggu
• Beri ubat cacing pada umur 6 – 8 minggu
• Cerai susu beransur-ansur pada umur 8 hingga 12 minggu
- Mulakan dengan mengasingkan ibu dan anak dan dicampur apabila menyusu
- Anak baru cerai hendaklah dilepaskan di pastura yang bersih dan lama direhatkan
- Ibu dilepaskan jauh daripada anak untuk mempercepatkan pengeringan susu
• Timbang berat semasa cerai susu
2 PENGURUSAN ANAK CERAI SUSU HINGGA DEWASA (9 BULAN)
• Asingkan jantan dan betina
• Betina yang tidak sesuai dijadikan baka boleh dicampur dengan jantan yang telah dikembiri bagi tujuan penggemukan
• Beri ubat cacing jika perlu
- Gunakan ubat cacing paling berkesan
- Selepas pemberian ubat cacing simpan bebiri dalam kandang selama 24 jam untuk mengelak najis yang membawa telur dan cacing tidak mencemari pastura
- Lepaskan bebiri ke pastura yang bersih dan telah direhat selama 6 minggu
- Amalkan ragautan bergilir dan penggunaan satu pedok tidak melebihi 1 minggu
• Rawat penyakit jika kelihatan tanda-tanda klinikal serta jalankan program kesihatan gerompok
• Potong kuku jika panjang
- Kuku dipotong rata bagi membolehkannya bertapak dengan baik untuk meragut dan mengawan
- Kuku panjang menyimpan kekotoran yang boleh menggalakkan jangkitan kuman sepert foot-rot
- Mengguna alat seperti foot-rot shear, hoor paring knife atau pisau
• Potong tanduk jika panjang
- Bertujuan mengelak kecederaan, memudah kerja pengurusan seperti mengetam wul dan pada dewasa mengelak kecederaan pada mata dan tengkorak akibat pertumbuhan tanduk yang tidak seimbang.
3 PENGURUSAN IBU BUNTING HINGGA MELAHIRKAN
• Bunting 0 - 3 bulan perlu diberi rumput seperti biasa
• Bunting 3.5 - 4 bulan (6 - 4 minggu sebelum beranak) perlu beri makanan tambahan 'steaming up', bertujuan:
- Menampung keperluan pembesaran fetus yang pesat
- Mengelak masalah pregnancy toxaemia
- Menjamin kesihatan ibu dan anak
- Melahirkan anak kuat dan berat
- Menjamin pengeluaran susu
• 6 - 2 minggu sebelum beranak, beri suntikan pencegahan penyakit Clostridium untuk pemanglian anak dalam kandungan
• Kurung bebiri hampir beranak , bantu bebiri yang mengalami distokia
• Pastikan anak yang dilahirkan tidak terdedah kepada hujan atau kesejukan
4 PENGURUSAN IBU MENYUSU
• Beri makanan tambahan / konsentrat antara 200 – 400 g/ekor bagi pengeluaran susu mencukupi terutama beranak kembar
• Pengurusan rutin seperti rawatan dan pencegahan penyakit
NOTA PEMBIAKAN
CIRI-CIRI BAKA YG BAIK
• ciri umum
- warna - perbezaan mengikut baka
- kulit & bulu - bulu sama rata, berkilat, tiada tompok yg tidak diingini
- badan – panjang & besar (baka pedaging), belakang yg lebar
- kaki – lurus & tegap, kuku sama rata
- Kepala – mata bersinar. Dagu sama rata
- testis – 2, simentri, tergantung dgn baik. Zakar boleh keluar masuk dgn baik
- Ambing susu – simenti, tergantung baik, tiada mastitis& pembarahan.Putting
- berkeadaan baik
- Tabiat - cergas, libido & sifat keibuan baik
- Kesihatan - sihat, subur, tiada penyakit
- Rekod - kenaikan berat badan yg tinggi, pasangan kembar, berat lahir tinggi
• Nisbah jantan : betina 1 : 30
• utk elak inbreeding, jantan mesti ditukar selepas 18 to 24 bulan
• Periksa pejantan - testis. Kaki & libido sebelum & semasa mengawan
• Kambing sepatutnya beranak setiap 8 bln @ 3 kali dlm 2 tahun
• Betina boleh puberty pd 6 - 8 bln (60% berat badan)
• Estrus pd bebiri - selalunya tidak jelas / silent
• Elak kahwin terlalu awal
- tumbesaran ibu terganngu
- anak : saiz kecil
- kurang susu
• Kahwin boleh dilakukan pd umur 10 -12 bulan utk mendapat anak pertama pd umur 15 - 17 bulan
• Umur penjantan utk kahwin - 2 tahun
No comments:
Post a Comment